Want your
own Fotopage?






 
eyman's FotoPage

By: eyman hykal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Jul-2005 12:00 Email | Share | Bookmark
HARI INI DALAM SEJARAH

Novel Dekat di Hati yang ditandatangani Dr. M & Dr. Siti Hasmah
Boleh tak teka...
... yang mana satu tandatangan Dr. Mahathir?
Shah Alam, Selasa - Saya tidak akan dapat lupakan tarikh ini. Hari itu, Tun Dr. Mahathir, seorang pemimpin unggul negara telah singgah ke Kumpulan Karangkraf. Pertama kali terpandangnya, saya terpaku kerana dia masih hensem. Dalam gambar fotogenik, secara live pun tampak kacak.

Dia sudah berusia 80 tahun. Namun saya lihat dia 20 tahun lebih muda! Tun Dr. Mahathir datang ke Kumpulan Karangkraf bersama isterinya Tun Dr. Siti Hasmah. Aura kehadiran mereka mem- buatkan ramai terpaku hingga ramai yang terlupa hendak bersalaman. Sedar-sedar dia sudah melangkah dari satu bahagian ke satu bahagian di dalam pejabat.

Tun Mahathir selamba dan bersahaja. Saya berpeluang berjalan beriringan dengannya buat seketika. Teringin juga hati untuk mem- perkenalkan yang saya pernah bekerja di bawahnya ketika di Biro Tatanegara, JPM pada tahun 80-an. Namun saya tidak mahu mengalih tumpuan dari agenda kedatangannya ke Kumpulan Karangkraf iaitu untuk meraikan adik-adik peminat majalah Bintang Kecil.

Bagaimana pun, saya hadiahkan beliau senaskhah DEKAT DI HATI. Dan saya juga sempat meminta tandatangan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah di novel sulung saya itu. Saya akan simpan serta khazanahkan buku itu untuk saya dan anak cucu.
Dipaparkan beberapa keping foto buat tatapan anda sekalian…


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.