PERCUTIAN semester administrator saya, ai-Chan (anak saya yang belajar di UiTM P. Pinang) membolehkan saya update kolum ini. R&R Hulu Bernam adalah antara R&R Plus yang saya suka kunjungi untuk berhenti rehat. Biasanya saya tiba di kawasan ini di waktu petang. Saya selalunya tak lepas peluang untuk ke belakang bangunan untuk menatap kawasan ladang kelapa sawit yang luas untuk merehatkan mata yang penat kerana memandu. Kerana sukakan kawasan ini, saya memutuskan untuk menyisipnya sebagai latar cerita.
Fragmen 16: SEKILAS IKAN DI AIR (lihat forum eymanhykal)
atau
Bab 9: Halaman 51 novel sebenar
memaparkan latar tempat ini.